Pertumbuhan perjudian dalam talian di Jepun menyebabkan terbentuknya kongres yang pertama.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kongres Perjudian Jepun?
Kongres Perjudian Jepun yang pertama tahun ini akan diadakan di Conrad, Tokyo dari 14hb. – 16hb. Mei. Ia bakal membuka peluang keemasan untuk bertemu dengan orang atasan dan individu berpengaruh yang membentuk pasaran kasino di Jepun. Penganalisis meramalkan pasaran ini bakal bernilai $10bilion; oleh itu siap siagalah untuk bersua muka dengan orang kuat terdiri daripada pegawai kerajaan, ketua industri, dan wakil pemasaran tempatan serta antarabangsa yang disegani.
Apakah yang akan dibincangkan?
Topik utama termasuklah; Apakah pendekatan penggubalan undang-undang yang akan diambil Jepun bagi merealisasikan jangkaan mereka? Kesan jangka panjang terhadap Pelancongan & Hiburan kepada Jepun, Wawasan pelaburan terhadap evolusi saham rizab dan pengguna permainan judi Asia, Kelulusan/prosedur perlesenan bagi semua pengeluar permainan judi yang beroperasi di Jepun dan Pasaran Berpotensi – adakah Jepun bersedia untuk merealisasikan harapan yang tinggi ini?
Mengapa Perlu Hadir?
Selain berpeluang mencedok ilmu secara terus daripada orang penting dalam pasaran Jepun yang menguntungkan dan berpotensi besar ini, kongres ini bakal menyajikan pelbagai agenda untuk kesesuaian citarasa antarabangsa. Kongres Perjudian Jepun lebih menjurus kepada peluang belajar dan bertukar maklumat berbanding pameran perdagangan yang mempunyai pensyarah, seminar, bengkel kerja dan peserta pameran. Jika syarikat anda mahu memahami implikasi terhadap penggubalan undang-undang kasino di Jepun sepertimana yang dicadangkan, anda tidak harus melepaskan peluang keemasan ini.
Suasana pembelajaran juga saling kait-mengait. Ini bukan saja merupakan peluang bagi syarikat antarabangsa untuk belajar tentang penggubalan undang-undang kasino di Jepun sepertimana yang dicadangkan. Yang lebih penting adalah penggubal undang-undang dan orang berpengaruh di Jepun boleh belajar daripada pembekal dan tokoh industri terkemuka yang berpengalaman bekerja di luar negara.
OnlineCasinoReports adalah penyedia ulasan laman perjudian dalam talian bebas yang terkemuka, ia telah menyampaikan ulasan, berita, panduan dan maklumat perjudian dalam talian yang dipercayai sejak 1997.
Langgan Surat Berita kami
Dapatkan berita tentang bonus dan promosi eksklusif.
Notis penting
Dengan melawati laman ini, anda mengakui bahawa anda berumur lebih 20 tahun, dan anda memberikan persetujuan anda untuk kami menetapkan kuki. Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman menyemak imbas anda, menyiarkan iklan atau kandungan yang diperibadikan dan menganalisis trafik kami. Baca Lebih Lagi